Archive | January 2012

Ringkasan Pinjaman Peribadi Terhangat

Berikut merupakan pinjaman peribadi yang popular sepanjang bulan Januari 2012.

  • ┬áKobena
  • Kuwait Finance House (Ikhtiar Destinasi)
  • Yayasan Perlis RCE
  • MBSB

Pemerhatian yang dilakukan ini berdasarkan kepada jumlah permintaan ke atas koperasi dan institusi kewangan tersebut.

Di antara sebab-sebab mengapa produk pinjaman peribadi di atas menjadi popular adalah seperti berikut (dirangkumkan secara kasarnya):

  • Kadar interest yang menarik dan kompetitif.
  • Kadar payout yang tinggi.
  • Proses pinjaman peribadi yang cepat.

STK

 

Advertisements

Kelewatan Proses Pinjaman Peribadi

Ingin dimaklumkan bahawa proses pinjaman peribadi akan menjadi lewat sedikit kerana sambutan tahun baru cina minggu lepas dan hari penubuhan wilayah persekutuan yang jatuh pada 1 februari 2012.

STK

 

Info 2012: Kuwait Finance House 100% payout

Ingin dimaklumkan untuk pinjaman peribadi Kuwait Finance House code Coshare dan Ikhtiar Destinasi masih lagi dibuka pada tahun 2012 tetapi dengan syarat-syarat baru seperti berikut:-

  • Tempoh pinjaman maksima adalah 15 tahun sahaja.
  • Pinjaman masih lagi tertakluk kepada 60% dari kelayakan.
  • Masih lagi 100% payout.
  • Interest tetap 4.99% setahun.
  • Bagi yang mempunyai rekod blacklist permohonan akan reject kecuali ada surat release letter dari bank atau institusi kewangan.
  • Syarat-syarat lain adalah sama seperti pada laman web www.pinjamanperibadi2u.com.my

Boleh mencuba untuk memohon dengan Kuwait Finance House code Coshare dan Ikhtiar Destinasi. Sekiranya permohonan tidak diluluskan, masih terdapat ruang untuk memohon pinjaman peribadi yang lain dengan kadar interest yang sama iaitu dengan Yayasan Perlis RCE, Kobena dan yang terbaru dari koperasi Kekal.

Ini adalah info terkini yang diperolehi buat masa ini. Akan dimaklumkan sekiranya terdapat maklumat terkini dari masa ke semasa.

STK.

 

Perhatian: Kakitangan status Kontrak yang ingin membuat pinjaman peribadi

Perhatian: Kepada kakitangan kerajaan berstatus kontrak yang ingin memohon pinjaman peribadi dengan Yayasan Perlis RCE, hanya kakitangan kontrak yang renewal kontrak bermula dari 2 kali ke 3 kali dan ke atas sahaja dibenarkan untuk membuat pinjaman peribadi. Bagi pemohon yang renewal kali kedua (bermaksud dari pertama kali renewal untuk renewal kali kedua) tidak layak membuat pinjaman peribadi. Pemohon perlu menunggu renewal dari kali kedua ke kali ketiga barulah boleh memohon pinjaman peribadi dari Yayasan RCE ini.

Syarat-syarat yang lain dan kriteria adalah sama seperti dalam laman web www.pinjamanperibadi2u.com.my

Pemohon boleh menghubungi saya untuk keterangan lanjut dan memilih produk pinjaman peribadi yang lain sekiranya pertama kali kontrak.

Harap maklum.

Surat Opsyen 60

Untuk mengatasi masalah jumlah pinjaman yang dipohon kurang dari jumlah pinjaman sediada (bermaksud jumlah pinjaman yang baru tak mampu menampung jumlah keseluruhan pinjaman sediada), sekiranya telah mendapat salinan surat opsyen yang baru bolehlah disertakan bersama-sama dengan permohonan pinjaman peribadi. Surat opsyen 60 yang disertakan merupakan bonus yang akan memanjangkan permohonan pinjaman peribadi anda. Kadang kala punca kegagalan untuk mendapat pinjaman peribadi adalah disebabkan faktor umur.

Contohnya jika pemohon A berumur 37 tahun dan memilih opsyen 58 jadi pemohon layak meminjam untuk tempoh maksima 20 tahun. Tetapi jika disertakan surat opsyen 60, pinjaman boleh dipanjangkan dari 20 tahun ke 22 tahun.

STK.

 

Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia dan Pos Malaysia

Bagi kakitangan yang bekerja di Amanah Ikhtiar Malaysia dan Pos Malaysia, bolehlah memohon pinjaman peribadi dengan kami melalui Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS).

Sila hubungi untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara ini.

 

STK.

 

Pinjaman Peribadi dengan koperasi KEKAL- Akan dibuka

Ingin dimaklumkan bahawa pinjaman peribadi dengan koperasi Kekal akan dibuka. Kini pinjaman peribadi dengan koperasi ini lebih menguntungkan kepada kakitangan awam dan badan berkanun yang terpilih kerana pakej yang terbaik buat masa ini.

Berikut adalah gambaran kriteria yang dapat diberikan secara serba sedikit mengenai pinjaman peribadi dengan Koperasi Kekal

  • Payout yang amat tinggi iaitu 96%
  • Interest paling kompetitif 4.99% flat rate (untuk awam AG dan Polis sahaja)
  • Manakala 5.5% bagi badan berkanun.
  • tempoh pinjaman antara 2-20 tahun.
  • Tiada caj angkasa dikenakan.
  • 3 bulan deposit akan dikenakan.
  • Tiada yuran dikenakan untuk setiap bulan.

 

Sekiranya terdapat sebarang perubahan dan penambahan kriteria akan dimaklumkan kemudian.

STK.